Saturday, May 18, 2013

Mulut

Mungkin rasa pelik kan? Tiba-tiba je tajuk mulut. Tapi, memang rasa terpanggil nak berbicara tentang mulut malam ini. Kenapa? Sebab mungkin sejak kebelakangan ini dan mungkin juga lebih tepat hari ini, saya banyak sangat tersinggung dengan kata-kata orang sekeliling. Orang selalu pesan, jaga hati, jaga mata. Tapi kenapa kurang yang pesan untuk jaga mulut? Walhal, pepatah Melayu sendiri pernah menyebut, "Kerana Mulut Badan Binasa" Hanya dengan membuka mulut dan mengeluarkan kata-kata yang mungkin tak ditapis dahulu, boleh menyebabkan badan binasa. Bukankah itu sesuatu yang menakutkan? Jadi malam ini, rasa tergerak hati untuk mengutarakan beberapa perkara;

Pertama
Apabila tidak menyukai sesuatu makanan. Kenapa mesti mencaci? Kenapa mesti mengutuk,
`Makanan ni tak sedap la' 
 `Eiiii tak suka la. pelik tau. tak sedap langsung makan makanan tu masak dengan macam tu' 

Abu Hurayra said; The Messenger of Allah S.A.W NEVER CRITICISED FOOD. If he liked it, he ate it, and if he DISLIKED it,he LEFT it. [Agreed upon]

Kedua
Ketika bergurau. Saya rasa masing-masing tahu adat dan etika bergurau. Janganlah bergurau sampai keterlaluan. Tak kisah lah kita dah kamceng dengan dia ke, dia mak ayah kita ke, kawan rapat sejak kecil ke, sepupu-sepapat ke. Still, kita masih ada adab dan etika ketika bergurau. Bukan nak kata tidak boleh bergurau atau bersuka ria dan bergelak ketawa tapi, just.... MIND YOUR WORDS!  Hurting someone's feeling is like throwing a stone in the sea. You can no longer see the stones but you'll never know how deep it may goes. BE CAREFUL, YOUR WORDS CAN KILL.

Ketiga
Melabel orang atau bahasa mudahnya, being judgemental. Sudah-sudahlah melabel orang itu jemaah ini, orang tu tak pergi kelas agama, orang itu pakai ketat, orang itu selalu keluar dating,orang itu selalu ponteng kelas. Sudahlah, sudah. After all, we are ALL HUMAN BEINGS WITH THOUSANDS AND MILLIONS OF FLAWS! PLEASE BEAR THAT IN MIND! Setiap manusia punya kelemahan dan kekurangan masing-masing. Buanglah sifat suka mencari kelemahan orang, sebaliknya marilah kita bersama-sama untuk mencari permata atau kelebihan dalam diri setiap individu. Selagi mana seseorang itu masih boleh membawa kita untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, dia tidak layak untuk di judge. Tambahan pula, SIAPA KITA untuk melabel? Tuhan? Nauzubillah.

Suka saya ingin ingatkan, post ini tidak ada niat langsung untuk menghentam mana-mana pihak. Sekadar meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati setelah sekian lama. Seperkara lagi, saya tidak kata yang saya perfect untuk tegur orang atau tulis tentang isu ini. Mungkin, saya sendiri juga pernah atau sedang atau bakal melakukannya pada masa akan datang. Jadi, marilah kita sama-sama saling mengingatkan dan berpesan-pesan antara satu sama lain.

`SPEAK GOOD OR REMAIN SILENT'

`A TONGUE HAS NO BONE, BUT IT IS ALREADY ENOUGH TO BREAK A HEART'





Friday, April 12, 2013

Kecil Hati

Kehadapan Persatuan X,

Walaupun saya tahu tiada siapa pun yang akan membaca post ini, tetapi izinkan saya untuk meluahkan ketidak puasan hati saya. Sungguh, saya kecewa. Bukan untuk yang pertama kali, tapi mungkin untuk yang 3056491207497356 kalinya.

Saya SUNGGUH BENAR TERAMAT KECEWA dengan tindakan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan X kerana:

Mereka GEMAR/SUKA  mintak tolong di saat-saat last minute dengan alasan  : "Boleh tolong tak? Kitorang takde orang dah ni? Please, please". Jujur saya cakap, kalau untuk kata tidak, saya agak rasa bersalah sebab saya percaya pada erti hidup pada memberi. Selagi mana saya boleh tolong, saya tolong. Saya juga percaya, kalau kita tolong orang, inshaAllah Allah tolong kita. Maka saya tolong tapi.....

Apa yang lebih MENGECEWAKAN setelah apa yang kita tolong/buat langsung tidak dihargai/ ditolak mentah-mentah tanpa SECUBIT pun perasaan bersalah. Tambah mengecewakan, siap boleh complained :
Yang tu tak kena, yang ni tak kena, yang tu besar, yang ni kecik, yang tu bawak ke kanan, tulisan tak sesuai, saiz tak sama besar. But, excuse me, I'm not here to serve YOU! There are so many other things to do. I got classes to attend, subjects to revise!  Let me tell YOU this,I'm willing to help you or to lessen your burden but if complaining  is all YOU gonna do, might as well you do it on your own. Frankly speaking, I'm tired. I'm tired of all your "so-called-ethics of working", your "most-honourable-protocols" and what not. Don't you ever question why some people chose not to be with YOU, because now I also already knew the answers.

iStress, iDisappointed, iRestMyCase. *hands up*