Saturday, May 18, 2013

Mulut

Mungkin rasa pelik kan? Tiba-tiba je tajuk mulut. Tapi, memang rasa terpanggil nak berbicara tentang mulut malam ini. Kenapa? Sebab mungkin sejak kebelakangan ini dan mungkin juga lebih tepat hari ini, saya banyak sangat tersinggung dengan kata-kata orang sekeliling. Orang selalu pesan, jaga hati, jaga mata. Tapi kenapa kurang yang pesan untuk jaga mulut? Walhal, pepatah Melayu sendiri pernah menyebut, "Kerana Mulut Badan Binasa" Hanya dengan membuka mulut dan mengeluarkan kata-kata yang mungkin tak ditapis dahulu, boleh menyebabkan badan binasa. Bukankah itu sesuatu yang menakutkan? Jadi malam ini, rasa tergerak hati untuk mengutarakan beberapa perkara;

Pertama
Apabila tidak menyukai sesuatu makanan. Kenapa mesti mencaci? Kenapa mesti mengutuk,
`Makanan ni tak sedap la' 
 `Eiiii tak suka la. pelik tau. tak sedap langsung makan makanan tu masak dengan macam tu' 

Abu Hurayra said; The Messenger of Allah S.A.W NEVER CRITICISED FOOD. If he liked it, he ate it, and if he DISLIKED it,he LEFT it. [Agreed upon]

Kedua
Ketika bergurau. Saya rasa masing-masing tahu adat dan etika bergurau. Janganlah bergurau sampai keterlaluan. Tak kisah lah kita dah kamceng dengan dia ke, dia mak ayah kita ke, kawan rapat sejak kecil ke, sepupu-sepapat ke. Still, kita masih ada adab dan etika ketika bergurau. Bukan nak kata tidak boleh bergurau atau bersuka ria dan bergelak ketawa tapi, just.... MIND YOUR WORDS!  Hurting someone's feeling is like throwing a stone in the sea. You can no longer see the stones but you'll never know how deep it may goes. BE CAREFUL, YOUR WORDS CAN KILL.

Ketiga
Melabel orang atau bahasa mudahnya, being judgemental. Sudah-sudahlah melabel orang itu jemaah ini, orang tu tak pergi kelas agama, orang itu pakai ketat, orang itu selalu keluar dating,orang itu selalu ponteng kelas. Sudahlah, sudah. After all, we are ALL HUMAN BEINGS WITH THOUSANDS AND MILLIONS OF FLAWS! PLEASE BEAR THAT IN MIND! Setiap manusia punya kelemahan dan kekurangan masing-masing. Buanglah sifat suka mencari kelemahan orang, sebaliknya marilah kita bersama-sama untuk mencari permata atau kelebihan dalam diri setiap individu. Selagi mana seseorang itu masih boleh membawa kita untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, dia tidak layak untuk di judge. Tambahan pula, SIAPA KITA untuk melabel? Tuhan? Nauzubillah.

Suka saya ingin ingatkan, post ini tidak ada niat langsung untuk menghentam mana-mana pihak. Sekadar meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati setelah sekian lama. Seperkara lagi, saya tidak kata yang saya perfect untuk tegur orang atau tulis tentang isu ini. Mungkin, saya sendiri juga pernah atau sedang atau bakal melakukannya pada masa akan datang. Jadi, marilah kita sama-sama saling mengingatkan dan berpesan-pesan antara satu sama lain.

`SPEAK GOOD OR REMAIN SILENT'

`A TONGUE HAS NO BONE, BUT IT IS ALREADY ENOUGH TO BREAK A HEART'