Since saya dah lama gile tak update,ini lah kisah terbaru saya.(eceh,bajet ade pulak orang nak tau.HAHAHAHA.)Kisah Kursus Intensif Bahasa Arab(KIBA) dekat IKIP Collage,Cherating.Sebenarnya tempat asal kolej ni dekat Kuantan,tapi MARA dengan baik hatinya dah sewa Cherating Beach Resort ni untuk 3 bulan.Jadi tempat saya berkursus ni dekat Cherating sebenarnye.Bukan Kuantan.Tempat ni okaylah.Tapi die bukan dekat tengah-tengah bandar.Agak ke hulu sikit(ala-ala SEMASHUR,HAHAHA)Kalau drive 15 minit lagi dah boleh sampai Kemaman.Kedai pon x berape nak ade.Tapi takpelah.Yng penting bilik die best.Air cond! :))
So,lepas saya dapat call dari MARA hari Jumaat minggu lepas,saya pon bertolak lah ke tempat ini esokya,sabtu.Sebab kena daftar hari Ahad.So,tengoklah gambar-gmbar kat bawah ni.Korang rase tempat ni best ke? Hulu sangat weh tempt ni.Nasib baik dekat dengan pantai :)
Umi dah nak balik,kene tinggal sorang-sorang :(
Eh lupe pulak nak cerita.Tempat ni untuk budak-budak MARA yang akan amek medic prepare Bahasa Arab untuk ke Alexandria,insyaAllah.Tapi kat sini ada budak-budak Yayasan Pahang jugak untuk ke Morocco dengan Yarmuk.Rumah saya ada 4 orang;
- Nur Affiqah Amiruddin.Dia ni budak KISAS dulu.Dia akan ke Morocco untuk Pengajian Islam under Yayasan Pahang.
- Nur Athifah Mohammad Basri.Dia ni sekolah Maahad Al-Islamiyyah At Tarbiyyah ape tah kat Perlis(MATRI).Dia under MARA bersama-sama saya :)
- Nur Adilah Mohammad Assim.Dia ni pun dulu sekolah agama apa tah dekat Pahang.Dia akan ke Yarmuk untuk Perbankan Islam under Yayasan Pahang.
Obviously,semua memang sekolah agama except saya.Haha.tapi takpe,nasib baik diorg gila-gila jugak.Senang hati :))
Perasan tak semua start huruf A? Affiqah,Athifah,Adilah,Amal :)
Jadual kat sana tak lah ketat sangat.Lebih kurng macam ni lah :
0830:Tabbahul Sabbah,Perhimpunan pagi.Kat sini memang wajib setiap hari cakap Bahasa Arab.
0900-1300: Kelas
1300-1430: Makan,Zohor.Tido!
1430-1630: Kelas
1700-1830: Tabbahul Askarri a.k.a kawad.Pergh! Tak sukaaaaaaa :((
Malam kitorang free,Just wajib berjemaah dekat surau for Maghrib dengan Isya je.Pastu baca Almulk ramai-ramai.Overall,jadual die tak lah pack sangat.Tapi tak tau lah kan sebab saya duduk tak sampai seminggu dah dapat cuti sampai Selasa.HAHAHA.Ape-ape pon,doakan lah saya boleh bertahan 3 bulan eh kat sana!
~Congratulations kawan-kawan yang dapat scholar MARA dengan JPA.All the best for your future.Sedih lah when everyone has to choose their own path.Tiba-tiba rindu sekolah :(
~Yang tak dapat tu,takpe.Allah knows best more than we do! He surely had planned something better for us :)
Eh panjang pulak bebel.Tapi duduk sana mungkin dah tak boleh balik dah sebab weekends pon ade aktiviti.So mungkin ini last post sampai program ni habis kot(ye ye je).haha.
psst; saya sangat merindui kawan-kawan ni.mcm mana nak buat? dah tak ade masa nak jumpa :((