Semalam baru selamat sampai di Alexandria.
Selepas 11 jam menaiki Egypt Air yang sangatlah memenatkan tanpa transit terus ke Cairo.
Ditambah dgn perjalanan ke Alex dari Cairo menaiki bas selama 4 jam.
Disebabkan berhenti di R&R tersangatlah lama.
Sampai di asrama MARA tepat jam 1.30 ptg.
Melihat keadaan asrama dalam keadaan yang tersangat amatlah kotor
Ditambah dgn tiada air.
Ditambah dgn bilik yg dah tak rupa mcm bilik.
Sangat mengingatkan RUMAH KAT MALAYSIAAA! :(
Tidak lupa juga dgn barang-barang yang hilang dah telah dirembat seperti syampu, headset, berus basuh baju dan perfume -.-
End up satu bilik semua tido sebaik shj selepas solat Isya.
Dan disebabkan tidur yang terlalu awal, satu bilik terjaga pukul 4 pagi sbb kat Malaysia dah pukul 10 pagi.
Ditambah dengan cuaca yang masih sejuk sangat lah rasa seprti nak tidur sahaja.
Kelas akan bermula tanggal 27 Mac.
Masih ada waktu untuk mengatasi masalah jet lag +HOMESICK dan mengumpul semangat untuk belajar yang masih belum timbul.
Semangat tolong laaa datang and homesick ni pergi la main jauh2 pleaseeeeeeeeeeeeeeeee! :(
Sekian.
No comments:
Post a Comment